fbpx

Covid-19: Ivermectin tak halang penyakit jadi teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Percubaan secara rawak yang dijalankan menerusi kajian I-TECH menunjukkan, ivermectin tidak menghalang pesakit dengan Covid-19 daripada menjadi teruk.

Hasil tersebut diperolehi daripada kajian keberkesanan rawatan ivermectin mengenai perkembangan penyakit dalam kalangan pesakit dewasa dengan Covid-19 ringan hingga sederhana serta komorbid (kajian I-TECH).

Berdasarkan maklumat hasil kajian yang dipaparkan pada laman jamanetwork.com, percubaan secara rawak tersebut melibatkan 490 orang terdiri daripada 223 lelaki dan 267 wanita berusia 50 tahun ke atas dengan penyakit komorbid serta dijangkiti Covid-19 tahap ringan hingga sederhana.

Daripada jumlah 490 orang tersebut, seramai 241 orang diberi ivermectin secara harian untuk tempoh lima hari manakala, 249 orang pula diberikan rawatan standard tanpa penggunaan ivermectin.

Sepanjang lima hari pemberian ivermectin iaitu sewaktu minggu pertama penyakit Covid-19, ia tidak mengurangkan risiko mendapat penyakit teruk berbanding mereka yang menerima rawatan standard.

“Dalam percubaan klinikal ini, kami tidak menemui bukti berhubung ivermectin berkesan dalam mengurangkan risiko penyakit yang teruk.

“Penemuan kami konsisten dengan keputusan percubaan Ivercor-Covid-19 yang mendapati ivermectin tidak berkesan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital,” menurut maklumat yang dipaparkan pada laman web tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI