fbpx
TERDAPAT hadis menyatakan membaca surah Al-Mulk menyelamatkan pengamalnya daripada azab kubur.

Tanya Mufti: Surah Al-Mulk penyelamat daripada azab kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Benarkah membaca surah Al-Mulk melepaskan diri pembaca dari azab kubur. Benarkah kita disuruh hadiah surah ini untuk orang yang meninggal supaya lepas azab kubur?

Jawapan:
Di sana terdapat hadis-hadis berhubung dengan fadilat seseorang membaca surah Al-Mulk. Cumanya, tidak disebut dalam hadis-hadis itu bacaan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah mati. Antara fadilat surah Al-Mulk yang disebut dalam hadis ialah penyelamat pengamalnya dari azab kubur. Sabda Nabi s.a.w : “Surah Tabarak (Surah Al-Mulk) adalah Al-Mani’ah (penghalang) dari azab kubur” (Riwayat Abu al-Syaikh, Al-Tirmizi, Al-Tabarani, Al-Hakim, Al-Baihaqi dll. Sahih).
Adapun menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si mati adalah perkara khilaf dalam kalangan ulama. Majoriti berpendapat boleh dilakukan dengan memohon Allah jadikan pahala bacaan yang kita baca kepada si mati. Jika Allah mustajab maka pahala itu sampai kepada si mati. Ini tidak terbatas kepada surah tertentu sahaja, sebaliknya merangkumi semua ayat dalam ayat al-Quran kerana setiap huruf daripada ayat-ayat al-Quran yang dibaca dengan ikhlas mendapat pahala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN