fbpx

‘Astro dah lama rancang, kita yang masih leka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQBAL ZULKEFLI

KISAH usahawan selebriti, Iqbal Zulkefli masih menjadi antara topik menarik dunia hiburan minggu ini, bahkan sejak dua minggu lalu atau minggu-minggu sebelum itu.

Dimulakan dengan kisah ‘roman picisan’ tak menjadi dengan Datuk Seri Vida, pendaratan penuh kejutan dari Indonesia ke pentas pertandingan nyanyian khas untuk ‘budak-budak baru nak up’ (BBNU), Big Stage musim keempat (BS4) cukup memuncakkan kepanasan.

Membosankan tetapi bayangkan Iqbal tidak bual hal, apakah isu hangat dunia tahun ini yang melekat lama dalam fikiran khalayak.

Seperti tanpa Iqbal, dunia hiburan ibaratnya suam-suam kuku, jadi terima kasih buat Iqbal kerana memberi banyak hiburan buat rakyat Malaysia yang barangkali sedang tepu dengan Covid-19, harga barang naik dan isu berbangkit lain yang membuatkan kita rakyat hanya mampu garu kepala.

Berbalik tentang pendaratan Iqbal ke pentas BS4 yang memanaskan hati banyak pihak bahkan segelintir karyawan muzik juga memandang jelik kemunculan pemuda itu.

Iqbal disifatkan membeli gelaran ‘penyanyi’ menggunakan kuasa wang di tangannya.

Kemasukannya ke dalam BS4 dikatakan menutup peluang peserta yang mungkin lebih berpotensi dan berbakat, namun dikorbankan bagi memenuhi ‘spesifikasi’ elemen gimik dan drama program terbitan Astro tersebut.

Bayangkan juga tanpa Iqbal, hanya Jerung Merah sahaja sandaran BS4 sebagai umpan memancing netizen. Iqbal masuk, Jerung Merah pun selangkah ke belakang buat seketika.

Sabtu lalu, ramai berharap ada sesi pengunduran bermaruah, namun sempat juga Iqbal beraksi hingga minggu kedua.

Apa yang terjadi, Iqbal bukan sahaja menjadi peserta pertama disingkirkan dengan markah tercorot, bahkan mungkin menjadi peserta program realiti pertama yang disedarkan secara pedas bahawa dia langsung tidak berbakat dan tidak layak bertanding walaupun bersama angkatan BBNU lain.

Ramai yang lega, puas hati bila Iqbal tersingkir. Selayaknya. Memang duit tidak boleh beli bakat! Iqbal tak ada bakat dan tak boleh menyanyi, tapi dia tetap boleh upah komposer, buat dan rakam lagu dengan kuasa duit yang dimiliki.

Kata Iqbal, dia tak salah, jadi artis bukan satu jenayah, Iqbal juga tak mencuri tetapi dia berusaha untuk mencari rezeki halal.

Tinggal lagi, ada tangan-tangan yang sengaja meminjam kepanasan Iqbal untuk membakar sensasi. Iqbal sebetulnya seperti bunga api dan mercun malam ‘funfair’.

Sudah bakar dan meletup meriah, orang ramai datang, bunga api habis kita dah boleh jalan. Barangkali itu strategi Astro dan hasilnya agak menjadi.

Bak kata netizen, ‘Astro dah lama rancang kita sahaja yang leka’, itu semua ada logiknya.

Selain Iqbal, ada satu lagi nama budak BBNU jadi calon tempat ke-12, namun tak ada ‘spark’, mungkin tahun depan ada rezekinya untuknya.

Ketika itu, kayu atau tiada bakat, Iqbal mungkin dah jadi hero drama, sebab bermula semalam dia sudah jadi kawan baik Zul Arifin dalam drama arahan Erma Fatima. Inilah dunia hiburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI