fbpx

Siasatan LCS ambil masa kerana libatkan syarikat antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Khusairi (tengah) ketika sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Program Excel ‘Corporate Liability & Organizational Anti-Corruption Plan’ di Hotel Sheraton Imperial, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Siasatan kes penyelewengan kontrak perolehan enam buah kapal tempur pesisir pantai (LCS) akan mengambil masa agak panjang kerana ia melibatkan beberapa buah syarikat antarabangsa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Kusairi Yahaya berkata, pihaknya perlu mengambil masa bagi mendapatkan dokumen memandangkan perlu melalui saluran undang-undang negara terbabit.

“Kena faham kes ini berlaku pada tahun 2009 hingga 2011 dan kita sudah buka tiga kertas siasatan.

“Usaha kita untuk mendapatkan dokumen melibatkan beberapa syarikat di luar negara akan mengambil masa kerana ia perlu melalui prosedur saluran undang-undang.

“Kita panggil ‘mutual legal assitance in criminal matters’ yang perlu kerjasama dari dua negara, jadi tidak boleh agensi penguatkuasaan yang pergi, mesti melalui proses undang-undang ini,” ujarnya ketika sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Program Excel ‘Corporate Liability & Organizational Anti-Corruption Plan’ di Hotel Sheraton Imperial, dekat sini hari ini.

Terdahulu, majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Terdahulu, pada 25 Januari lalu, SPRM telah menahan dua orang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang disyaki terlibat dalam projek tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI