fbpx

Mbappe muncul wira julang PSG di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE meledak jaringan pada minit kecederaan untuk menghadiahkan kemenangan berharga PSG 1-0 ke atas Real Madrid di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Kylian Mbappe muncul wira Paris Saint-Germain apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Real Madrid 1-0 di pusingan pertama 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Terdahulu, Lionel Messi gagal menyempurnakan penalti sekaligus menyaksikan Real Madrid mula berpuas hati untuk menamatkan perlawanan ini dengan keputusan seri di Parc des Princes.

Sebaik memasuki masa kecederaan, Mbappe mempamerkan gerakan lincah untuk mengatasi dua pertahanan lawan sebelum menewaskan penjaga gol lawan, Thibaut Courtois.

“Saya memperoleh sedikit ­ruang dan situasi itu memaksa saya berdepan dengan dua pemain di dalam kotak penalti.

“Pertahanan lawan bergerak ke belakang dan membolehkan saya membuat keputusan. Kemudiannya saya bertindak untuk melepaskan sepakan di antara kaki Courtois,” kata Mbappe.

Walaupun dikaitkan bakal menyertai Real Madrid pada penghujung musim ini, jaringan tunggal Mbappe kini meletakkan PSG di landasan tepat untuk mara ke peringkat seterusnya dan aksi timbal balik di Santiago Bernabeu dijadualkan dilangsungkan bulan depan.

“Kami gembira untuk meraih kelebihan ini, namun masih ada satu lagi perlawanan. Kami juga perlu pastikan kami benar-benar bersedia untuk menghadapi aksi liga,” kata Mbappe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI