fbpx

[VIDEO]Lelaki terbakar tepi jalan melecur 96 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbakar di Jalan Kampung Syed Omar di Bintong, Kangar malam semalam.

KANGAR – Seorang lelaki melecur 96 peratus selepas ditemui dalam keadaan terbakar dipercayai cuba membunuh diri di atas jambatan Jalan Kampung Syed Omar di Bintong di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.49 malam itu, pemilik premis aksesori dan pendingin hawa kenderaan berusia 29 tahun terbabit dilihat berada berhampiran sebuah kereta jenis Perodua Axia yang turut terbakar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew memberitahu, mangsa ditemui dalam keadaan terbakar seluruh badan dan berjalan ke arah sebuah kereta pengguna jalan raya yang memberhentikan kereta di situ.

“Saksi kejadian berusia 38 tahun kemudian keluar dari kereta dan menenangkan mangsa sebelum menghubungi 911 untuk bantuan.

“Pihak bomba, polis dan ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian sebelum memadamkan kebakaran pada kereta dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa mengalami lecur pada badan sebanyak 96 peratus dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut Wari Kiew, pihak keluarga mangsa telah tampil memberi keterangan dan memaklumkan mangsa merupakan pesakit psikiatri yang menerima rawatan pesakit luar di Jabatan Psikiatri HTF.

“Pesakit didakwa pernah beberapa kali cuba membunuh diri dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanita mempunyai kekasih baru,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI