fbpx

Trippier retak tulang kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRIPPIER terpaksa dikeluarkan pada babak kedua menentang Villa selepas mengalami kecederaan retak tulang kaki. – AFP

LONDON – Newcastle United berdepan tamparan hebat apabila pemain pertahanan yang baru dibeli, Kieran Trippier me­ng­alami kecederaan retak tulang kaki ketika menentang Aston Villa kelmarin.

Trippier menyertai The Magpies pada Januari lalu selepas melengkapkan perpindahan dari Atletico Madrid dan terus menjadi antara tonggak penting skuad kendalian Eddie Howe apabila mencatat tiga kemenangan berturut-turut dan keluar daripada zon penyingkiran.

Pada aksi menentang Villa, Trippier muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma sebelum terpaksa dikeluarkan ekoran berdepan kecederaan tersebut.

“Pemain pertahanan Newcastle United, Kieran Trippier terpaksa diketepikan untuk aksi selepas ini apabila didapati mengalami retak tulang kaki selepas pasukan meraih kemena­ngan 1-0 ke atas Aston Villa.

“Trippier menjalani ujian imbasan sejurus perlawanan itu berakhir dan hasilnya mendapati, ada keretakan pada tulang metatarsal kelima pada bahagian kaki kirinya.

Seluruh warga Newcastle berharap ­Kieran akan segera pulih,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab tersebut.

Laporan turut menyebut bahawa pemain ber­usia 31 tahun itu akan segera menjalani proses pembedahan minggu ini dan bakal mela­lui proses pemulihan untuk kembali menyertai pasukan.

Kejayaan meraih kemenangan buat kali ketiga berturut-turut termasuk ke atas Villa menyaksikan Newcastle berjaya mengulangi pencapaian yang dilakukan oleh mereka ketika di bawah kendalian Rafa Benitez pada 2018.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI