fbpx

Risti sukakan lelaki ‘sado’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RISTI POURAN

PELAKON cantik Risti Pouran mengakui mudah ghairah melihat lelaki yang memiliki bentuk tubuh berotot.

Ujar pelakon sinetron Tutur Tinular itu, dia amat tertarik dengan lelaki yang memiliki fizikal seksi terutama badan berotot.

“Menurut saya, fizikal itu bonus. Saya suka lelaki seksi dengan badan berotot kerana membuatkan saya berasa lebih ghairah.

“Cuma fizikal itu tidak selama-lamanya akan kekal kerana akan berubah apabila sudah berusia,” ujarnya.

Risti bagaimanapun mengakui belum benar-benar jatuh hati dan masih lagi solo serta tidak mempunyai teman lelaki sejak lapan tahun lalu.

Biarpun tanpa lelaki di sisi, Risti menegaskan dia tidak berasa kesunyian kerana mempunyai ramai kawan baik dalam hidupnya.

“Sudah lapan tahun saya tidak bercinta mana-mana lelaki kerana belum bertemu dengan yang sepadan. Tapi saya tidak kesunyian kerana mempunyai ramai teman,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI