fbpx

Dua beradik maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan dua buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Bernam-Tanjong Karang, dekat sini petang tadi.

KUALA SELANGOR – Dua beradik maut manakala seorang cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Bernam-Tanjong Karang, dekat sini petang tadi.

Mereka yang maut dikenali Sha Sabarina Marsom, 27, dan adiknya, Norhidayah,20 manakala yang cedera adalah Tan Sun Tiam, 55.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 5.02 petang.

Katanya, semasa kejadian dua beradik tersebut menaiki kereta jenis Toyota Camry dan seorang lagi mangsa di dalam kereta jenis Mercedes.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dengan salah seorang adik beradik itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala seorang lagi di Hospital Tanjong Karang dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI