fbpx

Ajal ketika sujud solat Dhuha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan arwah dalam posisi sujud ditemui rakannya awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menemui ajal ketika sedang menunaikan solat sunat Dhuha di kediamannya di Segambut, di sini awal pagi tadi.

Menurut sumber, Shukri Sulaiman, 51, yang merupakan pengurus kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam posisi sujud kira-kira pukul 10 pagi.

Jelasnya, arwah yang giat menjalankan kerja-kerja kebajikan telah mengambil cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesahkan kejadian dan menerima laporan berhubung insiden terbabit.

“Kita menerima laporan daripada rakan mangsa yang memaklumkan telah pergi ke rumah itu untuk menghantar makanan.

“Rakannya cuba membuat panggilan beberapa kali namun tidak dijawab lalu meminta bantuan jiran untuk masuk ke dalam rumah mangsa.

“Bagaimanapun rakannya itu terkejut sebaik mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam salah sebuah bilik.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan bersujud pada sejadah serta memakai jubah serba putih,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Katanya, jenazah Shukri seterusnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi proses bedah siasat yang akan dijalankan esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI