fbpx

Belon panas meriahkan hari tanpa kenderaan Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Belon panas antara aktiviti menarik hari tanpa kenderaan Shah Alam yang diadakan semula selepas bencana banjir. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Acara belon panas memeriahkan Hari Tanpa Kenderaan yang kembali diadakan semula selepas banjir teruk yang melanda bandar raya ini hujung tahun lalu.

Berdasarkan konsep siapa sampai dahulu, dia akan naik dahulu itu membenarkan tiga individu di dalam belon tersebut pada satu-satu masa.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad berkata, program tersebut bermula pukul 7.30 pagi di lokasi sama sebelum ini iaitu Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 di sini.

Katanya, turut diadakan aktiviti riadah antaranya Jalan Kaki Ria bertemakan keluarga ceria.

Selain itu, acara berbasikal, senamrobik zumba, buskers, kuiz dan aktiviti memanah.

“Hari Tanpa Kenderaan diadakan semula selepas Bandaraya Shah Alam diuji dengan banjir besar di Taman Sri Muda, Padang Jawa, TTDI dan Seksyen 17.

“Kita sekali lagi mengadakannya untuk hiburan orang ramai mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti acara belon panas,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI