fbpx

Pesawat mendarat cemas penumpang mengamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kekecohan berlaku di dalam pesawat Frontier Airlines apabila seorang lalaki mengamuk dan mengaku ingin membunuh semua penumpang. – Twitter/News Nation USA

WASHINGTON – Sebuah pesawat yang dalam perjalanan dari New York ke Orlando, Florida terpaksa membuat pendaratan cemas di Carolina Utara apabila seorang lelaki mengamuk dan mengugut mahu membunuh semua penumpang, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pesawat Frontier Airlines dengan nombor penerbangan 1335 itu berlepas dari Lapangan Terbang LaGuardia di Bandar Raya New York dan menuju ke Orlando malam Rabu  lalu.

Seorang penumpang lelaki secara tiba-tiba mengamuk dan menjerit sebelum dia dikelilingi oleh penumpang-penumpang lain yang cuba mengikatnya pada kerusi.

Seorang penumpang memberitahu stesen televisyen WTVD bahawa lelaki yang identitinya tidak diketahui itu, mengancam untuk mencederakan seorang bayi dan mengaku mahu  membunuh semua penumpang di dalam pesawat tersebut.

Dia dilaporkan menuduh seorang wanita sebagai cuba untuk mencuri asid deoksiribonukleik (DNA) miliknya dengan menggunakan picagari.

“Jangan, lepaskan saya. Tidak!” jerit lelaki berkenaan seperti yang dapat didengari menerusi sebuah rakaman video.

Seorang penumpang lain kemudian didengari menjerit yang meminta orang ramai untuk mengikat lelaki tersebut.

Penerbangan Frontier Airlines itu akhirnya  membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh-Durham di Carolina Utara, di mana lelaki berkenaan dibawa pasukan keselamatan untuk disoal siasat.

Pesawat tersebut ditahan seketika selama dua jam sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Orlando. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI