fbpx

Pelajar SMK Ketari hilang selepas ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
P. Pavira.

BENTONG – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari di sini hilang selepas pergi ke sekolah kelmarin.

Mangsa P. Pavira,15, disedari hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas waktu persekolahan.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan mangsa yang dipercayai tidak berada di kawasan sekolah pada pukul 4.41 petang kelmarin.

“Pengadu yang merupakan ibu saudara mangsa berusia 48 tahun menerima panggilan daripada bapa mangsa memaklumkan menerima panggilan telefon daripada pemandu van berusia 60 tahun bahawa mangsa tidak menaiki van selepas tamat waktu persekolahan.

“Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa yang merupakan pelajar SMK Ketari tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan kira-kira pukul 12 tengah hari,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini polis masih melakukan siasatan bagi mengesan mangsa yang didapati hilang selepas pergi ke sekolah.

Beliau memberitahu mangsa dipercayai tinggal bersama ibu saudaranya hampir setahun manakala kedua ibu bapa mangsa menetap di Kuala Lumpur.

“Mana-mana saksi yang melihat mangsa diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan menghubungi Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau balai polis berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI