fbpx
MENERUSI single keduanya berjudul Gatal, Janna Nick cuba memberi pesanan bahawa penyakit gatal tidak pernah mengenal jantina.

Gatal tak mengenal jantina – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERUPAKAN hasil ciptaan sepenuhnya vokalis Drama Band Aepul Roza, karya diberi nama Gatal kembali membiarkan debunga kerjaya nyanyian Janna Nick kembali memutik.

Baru-baru ini, penulis berpeluang ke majlis pelancaran single dan muzik video single Gatal dan menjadi salah seorang saksi Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Munir mendendangkan lagu berkenaan buat pertama kalinya secara langsung di depan khalayak.

Bukan pengikut setia kerjaya seni Janna baik dari segi lakonan, pengacaraan dan bahkan nyanyian, bagaimanapun terdetik dalam fikiran saat Janna melantunkan listrik vokalnya bahawa, boleh tahan juga kemampuan dan kualiti nyanyian yang dipersembahan wanita berusia 27 tahun itu.

Bukan niat membodek tetapi barangkali, sudah banyak perubahan positif dalam dirinya sebagai seorang vokalis sejak peluncuran single perdana, Mungkin Saja sekitar 2016.

Janna sedar diri, bagus!

Secara peribadi, Gatal boleh disifatkan sebagai sebuah perkongsian muzik berkuasa ‘sederhana’ yang memberi peringatan, bukan hanya buat kaum lelaki bahkan jantina bertentangan.

Lagu tersebut sememangnya dibikin khas seiring kemampuan vokal Janna yang bukan bertaraf ‘vocal powerhouse’ tetapi memiliki kualiti tersendiri dan yang paling penting, tidak melewah.

Janna tidak seperti Iqbal Zulkelfi menyanyikan lagu asal dendangan Broery Marantika secara ‘live’ dalam Big Stage.

Kualiti tersendiri vokal bekas pengacar Melodi itu dilihat daripada kesedaran Janna sendiri terhadap kemampuan tinggi rendah vokalnya dan itu diterjemahkan dengan baik menerusi Gatal. Mendengar lantunan vokalnya, definisi ‘gatal’ yang menjadi subjek karya itu mudah meresap.

Itu bermakna, biarpun lagu berkenaan bukan diadun untuk pertandingan berkelas ‘AJL’, Janna telah menjalankan tugas sebaik mungkin untuk sebuah lagu ‘merenyam’ yang merupakan single pertamanya dalam tempoh empat tahun terakhir ini.

Komposisi, kritik, lirik

Dari segi komposisi atau gubahan muzik, tidak banyak yang boleh dibanggakan tentang Gatal.

Penulis berani mengkategorikan susunan masih dalam kelas ‘biasa’, namun satu perkara yang pasti, dengan kuasa tular dan muzik video ‘mengundang’, tidak mustahil

Gatal akan mudah melekat di halwa telinga setiap pendengar.

Menyentuh penghasilan muzik video Gatal, Janna yang bergandingan bersama pelakon Shukri Yahaya memberikan ‘vibe’ memukau dan tersendiri. Kolaborasi antara mereka berjaya menghidupkan elemen ‘merenyam’ dan itu merupakan nilai tambah buat lagu berkenaan.

Pada hemat penulis, kalau dari segi nukilan lirik, Gatal lebih terarah dari perspektif atau kaca mata golongan wanita bahawa si lelaki yang selalunya gatal.

Berdasarkan muzik video, Janna dan pasukan berjaya menyeimbangkan fakta atau pendapat itu seperti pepatah Melayu berbunyi, kalau bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.

Secara keseluruhan, Gatal merupakan satu percubaan baik daripada Janna dan pasukan. Mungkin bukan bertaraf anugerah, namun sekurang-kurangnya lagu berkenaan memberi peringatan kuat kepada khalayak bahawa ‘penyakit’ gatal tidak mengenal jantina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN