fbpx

Ebit Lew Islamkan wanita, anak di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Liew (kanan) mengajarkan syahadah kepada seorang wanita di Kundasang, Sabah.

PETALING JAYA – ‘Sebak dan sayu’. Itulah ungkapan perasaan seorang pendakwah bebas, Ebit Lew apabila seorang wanita bersama anaknya dipercayai telah mengejarnya untuk memeluk Islam.

Ebit dalam satu hantaran di Facebook berkongsi kisah wanita tersebut yang sebenarnya sudah lama berhasrat ingin berjumpa sejak mendengar ceramah beliau di Lahad Datu pada tahun 2019.

Jelas Ebit, keluarga yang tinggal di Kundasang itu juga sudah lama mengikutinya di media sosial.

“Syukur terjumpa masa minum pagi dan dia ingin memeluk Islam.

“Saya ajar syahadah tadi dan minta pertolongan Persatuan An Nisa Masjid Jamek Kundasang membantu,” katanya.

Selain itu, Ebit turut mengucapkan tahniah kepada wanita itu dan anaknya berserta iringan doa.

Terdahulu, Ebit memberitahu dalam satu hantaran bahawa beliau akan mengunjungi negeri di bawah bayu itu selama 40 hari. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI