fbpx

Tajaan syarikat telekomunikasi kukuhkan kewangan KUFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anas Karimi (dua dari kiri) bersama Maatsura menunjukkan dokumen perjanjian pada Majlis Menandatangani Penajaan KDDI Malaysia dengan KUFC hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kewangan Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini terus kukuh apabila menerima tajaan bernilai RM150,000 daripada syarikat telekomunikasi, KDDI Malaysia Sdn. Bhd. (KDDI Malaysia).

Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd. Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, tajaan itu amat membantu pasukan menghadapi saingan Liga M ketika negara masih berdepan dengan penularan jangkitan Covid-19.

Menurutnya, syarikat berpengkalan di Jepun untuk menyatakan minat menaja pasukan selepas melihat kerjasama erat bersama Yakult (M) Sdn. Bhd dengan KUFC sebelum ini.

“Selain penajaan, projek ini turut melibat perancangan program-program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi bersama KUFC.

“Kami berterima kepada Pengarah Urusan KDDI Malaysia, Masaki Maatsura yang sudi menjalinkan kerjasama dengan KUFC,” katanya selepas Majlis Menandatangani Penajaan KDDI Malaysia dengan KUFC di Hotel Perdana di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI