fbpx

Kadar pengangguran terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
2022 memberikan sinar baharu buat pencari kerja, dengan pemulihan ekonomi berterusan daripada pandemik. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar pe­ngangguran di negara ini terus merosot kepada 4.2 peratus de­ngan 687,600 orang penganggur direkodkan pada Disember lalu, berdasarkan Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang diterbitkan Jabatan Perangkaan semalam.

Ia berbanding kadar pengangguran sebanyak 4.3 peratus, melibatkan 694,400 penganggur yang dicatatkan pada November tahun lalu.

Selain itu, bilangan tenaga buruh terus meningkat pada kadar 0.2 peratus kepada 16.34 juta orang, daripada 16.3 juta pada November 2021.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan keupayaan ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga mencatatkan sedikit peningkatan kepada 66.1 peratus pada Disember (November 2021: 66 peratus).

“Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) turut meningkat kepada 69 peratus (November 2021: 68.9 peratus), iaitu KPTB tertinggi direkodkan sejak Januari 2020.

“Situasi ini memberi isyarat orang ramai semakin optimis terhadap pasaran buruh, sekali gus mendorong mereka mencari pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, bagi suku ke-4 tahun 2021, Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar pengangguran terendah pada 1.6 peratus, diikuti Selangor (2.9 pe­ratus), Melaka dan Negeri Sembilan (3.1 peratus) serta Pulau Pinang pada 3.2 peratus.

KPTB tertinggi pula dicatatkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 74.7 peratus, diikuti Selangor (74.1 peratus), Pulau Pinang (72.1 peratus), Putrajaya (70.9 peratus) dan Sarawak (70.5 peratus).

Merumuskan kedudukan ke­seluruhan tenaga buruh, katanya, kesan pandemik menyebabkan pemulihan ekonomi sedikit terganggu dan menjejaskan pemulihan semula pasaran buruh.

“Pada masa sama, semua negeri telah berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bermula Januari 2022, yang membolehkan aktiviti perniagaan dan sosial beroperasi pada kapasiti penuh.

“Pembukaan sesi persekolahan pada 9 Januari 2022 dijangka memberi lebih impak positif terhadap aktiviti berkaitan.

“Perkembangan positif ini memberi isyarat pasaran buruh akan terus bertambah baik pada bulan-bulan akan datang,” ujar­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI