fbpx

Britain rangka undang-undang banteras aktiviti sebar gambar kemaluan di internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu pertiga daripada wanita Britain mengaku pernah menerima imej kemaluan di internet. – iStock

LONDON – Kerajaan Britain sedang merangka rang undang-undang yang akan menjadikan kegiatan menyebarkan gambar kemaluan di internet sebagai satu jenayah, lapor akhbar Metro UK semalam.

Menurut laporan, pihak pendakwa raya sebelum ini sukar mensabitkan individu yang mengirim gambar kemaluan mereka kepada orang lain dengan kesalahan jenayah.

Ini kerana undang-undang sedia ada tidak dapat dilaksanakan untuk perlakuan yang dilakukan secara siber.

Bagaimanapun, kesalahan tersebut dilihat semakin kerap dilakukan dengan terdapat individu menggunakan teknologi seperti WiFi, Bluetooth dan AirDrop untuk melakukan gangguan seksual secara siber itu di lokasi terbuka dan dalam pengangkutan awam.

Menteri Keadilan, Victoria Atkins mengesahkan perkara itu di Parlimen dengan berkata bahawa kerajaan akan menjadikan tindakan menunjukkan kemaluan secara siber sebagai satu jenayah.

“Dari segi kegiatan menunjukkan kemaluan secara siber, saya ingin mengesahkan bahawa kerajaan sedang mencari cara-cara untuk menjadikan kegiatan itu sebagai satu jenayah zaman moden,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dilemparkan oleh bekas Menteri Kesamarataan parti Konservatif, Maria Miller, yang bertanyakan mengenai undang-undang berkaitan perlakuan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI