fbpx

Wanita serbu pasar mini berebut minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika ramai wanita bersesak di hadapan pasar mini untuk membeli minyak masak. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan senario ramai wanita bersesak di pintu hadapan sebuah pasar mini, gara-gara ingin membeli minyak masak, lapor laman berita Suara.com. 

Menerusi klip video yang dimuat naik dalam akaun Instagram  @medanheadlines.news itu, insiden dikatakan berlaku di mukim Tanjung Beringin, daerah Serdang Bedagai dalam wilayah Sumatera Utara. 

“Kaum wanita serbu pasar mini untuk beli minyak masak,’’ demikian kapsyen pada klip video tersebut.

Kekecohan turut berlaku di premis tersebut apabila ada antara mereka dilihat bertengkar dengan pekerja pasar mini itu.

Rakaman video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tiada lawan apabila emak-emak bertindak,’’ tulis seorang netizen.

“Katanya harga minyak masak turun, tapi kenapa masih begini,’’ ulas netizen lain.

Pemerintah negara itu dikatakan menetapkan harga minyak masak pada 14,000 rupiah untuk seliter (RM4.08).

Namun, apabila polisi tersebut dilaksanakan, bekalan minyak masak didapati berkurangan di pasaran. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI