fbpx

Tular lukisan anak ayam bersenam yoga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Heffernan menghasilkan lukisan anak ayam sedang melakukan posisi berpusing, meregang badan dan membuat bukaan kaki. – Cover Images

PALM DESERT, CALIFORNIA – Seorang artis seni di  Amerika Syarikat memenangi hati orang ramai dengan menghasilkan koleksi lukisan  memaparkan imej anak ayam dalam pelbagai posisi senaman yoga, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Lucia Heffernan, melukis gambar-gambar anak ayam sedang melakukan posisi berpusing, meregang badan dan membuat bukaan kaki yang dipamerkan di Galeri CODA, Palm Desert, baru-baru ini.

Menurutnya, dia gemar memberi ‘suara dan personaliti’ kepada haiwan-haiwan dalam setiap hasil karyanya.

“Saya juga ingin menyerlahkan keistimewaan haiwan-haiwan tersebut dalam nalurinya yang tidak bersalah dan asli,” ujar Heffernan.

Kesemua lukisan asal bagi koleksi tersebut telah habis terjual. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI