fbpx

Remaja 14 tahun ditahan ketika sedang khayal dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Rizal (kiri) bersama peralatan kaca dipercayai digunakan untuk menghisap dadah di sebuah rumah di Taman Sri Indah, dekat sini.

BALIK PULAU – Tiga remaja lelaki termasuk berusia 14 tahun yang sedang leka mengambil dadah di sebuah rumah di Taman Sri Indah di sini tergamam ketika diserbu polis semalam.

Serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu dibuat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menahan remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 17 tahun bersama sejumlah dadah.

“Polis merampas sebiji pil disyaki Erimin 5 dan sebatang kaca berisi bahan disyaki dadah syabu seberat kira-kira 0.1 gram.

“Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah, manakala dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau turut menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak agar tidak terlibat kegiatan jenayah dan penagihan dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI