fbpx

Penjenayah letup ATM, larikan wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesin ATM yang diletupkan dua penjenayah dalam kejadian di pekan Meru, Klang hari ini.

KLANG – Dua penjenayah bertindak meletupkan sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di dalam sebuah kedai serbaneka sebelum melarikan sejumlah wang dalam kejadian di pekan Meru di sini, awal pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku antara pukul 3 hingga 4 pagi itu dengan suspek telah memecah masuk premis berkenaan menerusi pintu hadapan.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, perkara itu disedari seorang pekerja yang mahu membuka kedai berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.

“Pada waktu itu, pintu utama kaca premis berkenaan dilihat sudah pecah manakala mesin ATM turut rosak.

“Ketika kejadian, kedai itu tidak beroperasi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dengan pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 4.50 pagi.

Ujarnya, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati dua penjenayah memecahkan mesin ATM dengan menggunakan bahan letupan.

Katanya, jumlah wang yang dilarikan dan nilai sebenar kerugian belum dapat dipastikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI