fbpx

Semua klinik kesihatan bersedia terima kedatangan pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua klinik kesihatan kini bersedia untuk menerima kedatangan pesakit Covid-19 yang tinggi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melaporkan setakat hari ini, terdapat 370 Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di klinik kesihatan dan komuniti yang sedang beroperasi untuk membuat
penilaian pesakit positif COVID-19.

Katanya, CAC berfungsi dalam mengenalpasti pesakit yang memenuhi kriteria untuk dipantau di rumah serta menilai perkembangan mereka sepanjang tempoh pengasingan.

“Selain itu, CAC juga akan menyelaras senarai pesakit yang perlu dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital.

“Manakala, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bertindak dalam menentukan klinik kesihatan dan dewan orang ramai yang sesuai untuk menambah bilangan CAC bagi menampung pertambahan kes Covid-19 jika ada keperluan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan hari ini.

Dalam pada itu, kes harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 11,034 kes hari ini berbanding 10,089 semalam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.

Sebelum ini, KKM menjangkakan kes harian Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac ini sekiranya bacaan kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (Ro) sekiranya nilai itu kekal 1.2 hingga hujung bulan depan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI