fbpx

Pastikan maklumat daripada sumber rasmi elak berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang penyebaran berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporat MCMC, peringatan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat seterusnya mencetuskan situasi tidak diingini.

“Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan informasi terkini dan sahkan maklumat-maklumat yang diterima daripada sumber rasmi terutamanya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau portal Sebenarnya.my.

“Tindakan tegas juga boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang menyebarkan berita-berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya di sini tadi.

Sebelum ini, satu mesej tular di media sosial baru-baru dengan meminta warga emas untuk tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan penyebaran Covid-19 dalam kumpulan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI