fbpx

Omicron bukan konspirasi tangguh Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Peningkatan kes Covid-19 melibatkan varian Omicron di Malaysia bukan satu konspirasi kerajaan untuk menangguhkan perayaan Aidilfitri pada Mei depan sebaliknya dihadapi setiap negara antarabangsa.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, gelombang Omicron bukan sahaja dihadapi di Malaysia tetapi turut menyaksikan peningkatan di negara-negara lain termasuk Eropah.

“Singapura melaporkan lebih 13,208 kes baharu jangkitan Covid-19 pada 4 Feb 2022, 3 kali ganda berbanding hari sebelumnya.

“Pada 5 Februari,Korea pula melaporkan kes harian sebanyak 38,670 kes, Indonesia (33,729 kes), Thailand (10,879 kes), Filipina (7,469 kes), Australia (22,985) kes dan Jepun 102,275 kes,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di tadi.

Dalam pada itu, kes harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 11,034 kes hari ini berbanding 10,089 semalam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.

Sebelum ini, KKM menjangkakan kes harian Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac ini sekiranya bacaan kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (Ro) kekal 1.2 hingga hujung bulan depan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI