fbpx

Makhluk asing didakwa buat lawatan ke Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gugusan UFO yang mengeluarkan cahaya berwarna hijau yang dirakam di Taiwan. - YouTube

TAIWAN – Gugusan warna hijau bercahaya yang dirakam terbang melintasi sebuah ladang di Taiwan menjadi bukti bahawa makhluk asing melawat Bumi, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Video objek terbang tidak dikenali (UFO) itu dirakam oleh seorang wanita di wilayah Taitung yang kemudiannya bertanyakan pendapat pakar dan peminat makhluk asing, Scott C. Warring.

Paparan video menunjukkan cahaya hijau bersinar itu muncul dari sebuah lubang kecil pada awan dan berada di awangan selama empat minit.

“Wanita itu berkata, terdapat enam UFO dilihat terbang di kawasan ladang itu.

“Ini bukti nyata makhluk asing sedang membuat kajian tentang Bumi dan mereka muncul di kawasan desa, bukan di bandar besar,” kata Warring.

Tambah Warring, klip video itu menjadi tular di Taiwan,  namun kesahihannya diinafikan oleh pihak tentera Taiwan meskipun mereka sendiri tidak tahu apakah sebenarnya objek tersebut. 

“Itu bukan lampu suluh, itu adalah UFO yang membawa makhluk asing untuk melawat Taiwan,” tegas Warring. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI