fbpx

Bekalan telur kurang tiga juta sehari menjelang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yoon Yeau memeriksa telur yang rosak di sebuah kilang pengeluar telur di Masjid Tanah, Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Bekalan telur ayam negara dijangka berkurangan sehingga tiga juta biji sehari menjelang Ramadan pada April depan.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau ketika ditemui pemberita di Masjid Tanah di sini, hari ini.

Katanya, pengurangan sehingga 10 peratus itu berpunca daripada peningkatan kos peneluran termasuk pembelian dedak import yang tidak seimbang dengan harga pasaran sebiji telur di bawah kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

“Semua penternak ayam penelur sedang bergelut menyediakan bekalan diperlukan negara kerana kos dedak import naik mendadak dalam pasaran dunia.

“Sekiranya kerajaan tidak melaksanakan subsidi iaitu menaikkan harga kepada 40 sehingga 42 sen sebiji, pengeluaran telur akan terus terjejas sehingga tiga juta biji sehari, termasuklah pada Ramadan depan,” katanya.

Tambahnya, secara purata negara memerlukan antara 30 hingga 31 juta biji telur sehari yang dikeluarkan oleh 1,500 penternak.

Mengulas lanjut, dia berkata, kekurangan bekalan itu juga disebabkan jumlah ayam telur di ladang berkurangan kerana ternakan itu terpaksa dijual lebih awal bagi mengurangkan kos dedak.

“Selain itu, kita juga telah mengurangkan kemasukan anak ayam sehingga 20 peratus.

“Disebabkan itu, dalam tempoh beberapa bulan kita boleh nampak trend kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran,” katanya.

Tambahnya, 80 peratus daripada kos peneluran bergantung kepada harga dedak termasuk jagung dan kacang soya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI