fbpx

800 pekerja dapat cuti khas sempena Hari Wanita Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cuti khas diberi kepada pekerja bagi memberi peluang kepada kaum wanita untuk mengutamakan kesihatan. – Alamy

LONDON – Semua 800 kakitangan sebuah firma pembuat ubat-ubatan yang merawat  masalah kesihatan wanita di London diberikan cuti istimewa sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, bulan depan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Syarikat Organon  memberikan cuti khas itu kepada semua pekerja lelaki dan wanita pada 8 Mac ini  bagi memberi peluang kepada pekerja wanita untuk mengutamakan kesihatan.

Syarikat   berpangkalan di Amerika Syarikat itu berharap agar cuti tersebut dapat digunakan oleh pekerja wanita untuk melakukan pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan seperti menghadiri temu janji perubatan dan bersenam.

Ketua cawangan perniagaan di Britain, Simon Nicholson berkata, pekerja lelaki turut digalakkan untuk menyokong wanita-wanita dalam kehidupan  mereka pada hari tersebut.

Organon yang memiliki seramai 9,500 pekerja di seluruh dunia melaksanakan pelbagai polisi yang menghargai kaum wanita termasuk bantuan kepada wanita yang melalui fasa putus haid serta cuti bergaji dua minggu bagi yang mengalami keguguran. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI