fbpx

Rayan akhirnya berjaya diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rayan berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat selepas empat hari terperangkap. - The Sun

RABAT, Maghribi – Kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam telaga 32 meter, Rayan Awram akhirnya berjaya diselamatkan pada malam Sabtu (waktu tempatan), lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Pasukan penyelamat dirakam menarik badan kecil Rayan keluar daripada telaga milik bapa mangsa selepas empat hari terperangkap di dalamnya.

Rayan,5, kelihatan lemah dan sedikit menggigil sebelum dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.

Namun begitu, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan sebenar kanak-kanak itu buat masa sekarang.

Kejayaan menyelamatkan Rayan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.

Rayan terjatuh ke dalam telaga milik bapanya ketika bermain di kawasan rumahnya di wilayah Chefchaouen pada petang Selasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI