fbpx

Penumpang dilarang bawa lebih 30 pelitup muka keluar dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUMPANG antarabangsa menanti arahan daripada pegawai kesihatan di terminal ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 1 November 2021. – AFP

BANGKOK – Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Thailand mengumumkan bahawa penumpang yang ingin menaiki penerbangan keluar dari negara itu dilarang membawa pelitup muka melebihi 30 helai, melainkan mereka mempunyai surat daripada doktor, lapor laman berita Thaiger semalam.

Sekiranya mempunyai surat rujukan doktor, seorang penumpang boleh membawa sehingga 50 helai pelitup muka bersama mereka.

Pengurusan lapangan terbang tersebut pada laman Facebook milik mereka kelmarin berkata, polisi itu tertakluk kepada penduduk Thailand serta warganegara luar yang ingin keluar dari negara itu.

“Individu yang melanggar peraturan tersebut berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga 100,000 baht (RM12,674) atau kedua-duanya,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Peraturan itu dibuat selepas Jawatankuasa Pusat Harga Barang dan Perkhidmatan mengumumkan pada 25 Januari lepas bahawa pelitup muka disenaraikan sebagai produk terkawal di Thailand. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI