fbpx

Perasaan pulang ke Singapura kini berbeza – Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON AZIZ

PETALING JAYA – “Perasaan pulang ke Singapura itu kini berbeza.”

Demikian kata pelakon Datuk Aaron Aziz yang mengakui, kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Juriana Jaafar dua tahun lalu telah membuatkan banyak rencana hidupnya berubah.

Kata pemilik nama lengkap, Aaron Mustapha Aziz, 46, kalau dahulu kepulangan ke tanah kelahirannya itu merupakan perkara dinanti, sekarang emosi dan perasaannya sedikit berbeza.

“Jika dahulu balik ke sana (Singapura) mahu jumpa ibu, tetapi selepas pemergiannya, memang saya sudah tawar hati.

“Tidak terlalu mengharapkan sangat untuk dapat pulang ke sana. Malah, dalam keadaan saya sibuk juga menyebabkan saya tidak terlalu fikirkan,” katanya.

Ujar pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Ombak Rindu itu, situasi sekarang dunia masih dihantui wabak Covid-19 juga membataskan segala pergerakan terutama untuk keluar dari Malaysia.

“Tambahan pula dengan keadaan sekarang agak sukar untuk pulang ke sana. Tetapi isteri saya baru saya pulang bersama anak-anak, jadi sempat juga mereka bertemu keluarga di sana.

“Anak lelaki saya juga memang berada di sana. Jadi apabila dia ke kubur arwah ibu dan berkongsi momen itu, memang cukup menyedihkan sebab dia (anak) tidak sempat pulang ketika ibu saya meninggal dunia,” katanya.

Dalam pada itu, selepas lima kali menunaikan umrah, Aaron meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri tersayang, Diyana Malik andai diberi kesempatan.

“Selepas lima kali, buat umrah kali ini memang saya dan isteri harap sangat dapat tunaikan yang wajib.

“Ikutkan, saya merupakan rombongan terakhir yang meninggalkan tanah suci Mekah sebelum pelaksanaan sekatan perjalanan kerana Covid-19.

“Memang saya sangat rindukan bau tanah suci itu sendiri. Selepas hampir dua tahun tidak ke sana, semoga ada rezeki untuk saya dan isteri,” doanya.

 

AARON memaklumkan, sepanjang tiga tahun, hampir 100,000 botol jenama The Oud by Aaron Aziz sudah terjual termasuk perniagaan tersebut berkembang bukan sahaja di Malaysia bahkan negara tetangga seperti Singapura dan Brunei.

Berkongsi perihal bisnes, menjadi satu pencapaian meembanggakan apabila The Oud by Aaron Aziz yang diusahakannya menerima anugerah Minyak OUD terbaik 2021 daripada Astro GoShop.

“Melalui The Oud by Aaron Aziz kami mempunyai tiga produk. Sabr Oud Edp Parfum, Jameela Oud Edp Parfum dan yang terbaharu terbaru Al-Bayt Home Fragrance.

“Selepas hampir tiga tahun, penerimaan pengguna sangat memberangsangkan. Malah saya turut bersyukur maklum balas yang diberikan rata-rata memberitahu wangian The Oud by Aaron Aziz memenuhi citarasa mewah selain pada harga yang cukup murah.

“Mungkin melalui strategi itu juga kami diberikan peluang untuk meraih anugerah Minyak OUD terbaik 2021 daripada Astro GoShop,” katanya.

Rentetan kejayaan The Oud by Aaron Aziz terus menjadi pilihan penggemar wangian dari tanah suci, Aaron akan memperkenalkan produk terbaharu tidak lama lagi.

“Buat masa ini, kami sedang merancang untuk mengeluarkan satu lagi produk baharu di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz. Cuma sekarang, kami memberi tumpuan kepada tiga produk, terutamanya Al-Bayt Home Fragrance.

“Jika selalunya wangian hanya untuk badan, melalui produk Al-Bayt ini kami mencuba wangian untuk rumah. Mungkin disebabkan pandemik yang melanda dunia ketika ini ramai yang menggunakan bauan ini di rumah kerana rindu untuk ke sana,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI