fbpx

Wanita mati ditikam 34 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengangkat mayat seorang wanita dari rumahnya di sebuah pangsapuri di Paya Terubong, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan terdapat 34 kesan tikaman dari leher hingga kaki wanita yang mati dibunuh suaminya di rumah pasangan tersebut di sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, bedah siasat ke atas mayat wanita berusia 46 tahun itu mendapati si mati cedera di leher, dada, perut dan kaki.

Menurut beliau, mayat pekerja kilang itu telah dituntut ahli keluarganya di Hospital Pulau Pinang di sini tengah hari tadi.

Berita berkaitan: Lelaki terjun isteri sebelum terjun tingkat 12 

“Mayat suaminya juga sudah selesai dibedah siasat dan dituntut oleh warisnya. Terdapat kesan kecederaan di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala kematian lelaki terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI