fbpx
Idris ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Sambutan Bulan Solat Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

Solat tarawih ikut SOP sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) bagi menunaikan solat di masjid dan surau ketika ini turut diguna pakai untuk pelaksanaan solat sunat tarawih menjelang bulan Ramadan nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, justeru tiada SOP yang dikhususkan untuk solat tarawih kerana masih menggunakan SOP yang sama.

“Tak ada SOP khusus, sama sahaja. Sama ada solat sunat tarawih atau tidak, SOP sama.

“SOP masih lagi berjalan sama ada sewaktu solat (surau dan masjid) atau di kedai makan dan sebagainya, ia perlu dan ikut peraturan dibuat Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita pada Pelancaran Bulan Solat Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di sini hari ini.

Berdasarkan SOP sedia ada di masjid dan surau Wilayah Persekutuan, penjarakan fizikal jemaah adalah 1 meter dengan mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau manakala, untuk negeri-negeri pula tertakluk arahan daripada jabatan agama negeri.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung penyalahgunaan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). – K! ONLINE.

POPULAR