fbpx

Saya sudah daftar vaksin untuk anak saya – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin bersama anak-anaknya. Gambar fail

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan sudah mendaftarkan anak bongsunya yang berusia enam tahun untuk menerima suntikan vaksin di aplikasi MySejahtera.

Perkara tersebut dimaklumkan bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan beliau serta anaknya sendiri enggan divaksin.

“Semalam saya sendiri sudah tempah vaksin untuk anak saya. Ini nak jawab yang kata dia tak vaksin, anak tak vaksin.

“Anak saya, umur enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah pada Khamis.

Dalam pada itu Khairy Jamaluddin berkata, cabaran utama pihaknya kini adalah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak ini adalah selamat.

“Ramai terutamanya di media sosial mereka minta supaya tidak dipaksa dan sebagainya, saya memberi jaminan bahawa contoh untuk kalau dewasa, tak lengkap vaksin kita tak benarkan masuk ke kedai makan, tak dibenarkan masuk ke pusat membeli-belah dan sebagainya, untuk kanak-kanak, tiada syarat itu.

“Mereka diberikan pengecualian kerana kita nak pastikan ibu bapa yakin dengan proses ini, tidak terasa dipaksa dan vaksin ini akan melindungi anak-anak mereka daripada kesan yang lebih buruk daripada jangkitan Covid-19,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI