fbpx

Saintis China dakwa temui penawar Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antibodi yang disintesi daripada dua komponen sistem imun manusia didakwa mampu meneutralkan Omicron. - Google

BEIJING – Sekumpulan  penyelidik di China mendakwa bahawa mereka membangunkan sejenis antibodi baharu yang dikatakan mampu membunuh varian Omicron, lapor laman berita RT  kelmarin.

Penghasilan antibodi baharu itu dibuat menerusi proses sintesis antara dua komponen sel antibodi asal daripada sel imunisasi manusia.

Jika bersendirian, komponen asal sel itu tidak memberi kesan terhadap Omicron, namun ia akan meneutralkan virus Omicron apabila digabungkan.

Pasukan penyelidik dari Universiti Fudan, Shanghai itu menyifatkan penemuan mengejut mereka sebagai ‘anugerah Tuhan’ dan meletakkan manusia selangkah di hadapan dalam usaha memerangi Covid-19.

Diketuai oleh Profesor Huang Jinghe, pasukan itu berjaya membangunkan lapan antibodi yang disintesis dalam tempoh yang agak singkat.

“Ini adalah satu kejayaan yang mengejutkan kerana penghasilan antibodi tersebut pada mulanya tidak bertujuan untuk merawat virus Covid-19 dan dibangunkan untuk penyakit berjangkit yang lain.

“Penemuan ni bakal memberikan kelebihan kepada manusia bagi mengatasai pandemik yang sedang berleluasa di seluruh dunia,” jelas Huang.

Antibodi khas itu juga mampu meneutralkan varian Delta iaitu mutasi Covid-19 terdahulu dan  menangani Sindrom Pernafasan Akut Teruk bagi mengehadkan keupayaan virus untuk merebak.

Pasukan itu menggariskan kerja dan penemuan mereka dalam kertas akademik bertajuk  ‘Combating the Sars-CoV-2 Omicron variant with non-Omicron neutralizing antibodies’

Bagaimanapun, penyelidikan tersebut masih memerlukan kajian lanjut dan pengesahan oleh ahli-ahli akademik lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI