fbpx
Gambar hiasan

Samun: Dua lelaki menyamar anggota polis diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Tindakan dua lelaki menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun seorang pekerja warga asing di Taman Permata di sini 31 Disember lalu bertukar padah apabila ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek berusia 55 dan 35 tahun itu ditahan menerusi tangkapan secara berasingan di Pandan Indah dan Taman Muda pada Ahad lepas.

“Dalam kejadian pada pukul 1.20 tengah hari, mangsa berusia 39 tahun mendakwa dia didatangi seorang lelaki ketika sedang melakukan kerja ubah suai rumah di Taman Permata.

“Suspek bertindak memperkenalkan diri sebagai anggota polis yang menjaga kawasan tersebut sebelum meminta mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM100 dan telefon bimbit kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Farouk, kedua-dua suspek ditahan mempunyai rekod jenayah lampau yang mana salah seorang daripada mereka mempunyai 14 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod lampau.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan telah direman selama lima hari bermula Ahad hingga esok bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan serta menyamar sebagai penjawat awam,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN