fbpx
KIM JUNG-HYUN

Kim Jung-hyun kembali ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHUN lalu, nama Kim Jung-hyun pernah menghangatkan dunia hiburan K-pop selepas terbabit dengan kontroversi apabila didakwa bersikap keterlaluan sewaktu penggambaran drama Time.

Selepas 10 bulan meninggalkan kontroversi yang memanaskan namanya, Jung-hyun dilaporkan kembali bekerja dengan menjadikan sebuah filem indie sebagai kemunculan semulanya.

Jung-hyun dilaporkan akan terlibat dengan penggambaran sebuah filem berjudul Secret seperti dimaklumkan agensinya, Story J Company.

“Kim Jung-hyun sudah mengesahkan penglibatannya dalam filem berkenaan.

“Secret menyorot perjalanan sekumpulan manusia yang berdepan rahsia silam hidup mereka sewaktu menjalankan siasatan terhadap pembunuhan misteri.

“Dalam filem tersebut, Jung-hyun memegang watak sebagai seorang detektif polis,” ujar agensi.

Berita tersebut ternyata menggembirakan para peminat yang selama ini selama tertunggu-tunggu naskhah baru daripada bintang kacak itu.

POPULAR