fbpx

Covid-19: 3,232 kes sembuh, 4,774 kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,232 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,784,003 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu hari ini pula mencatatkan 4,774 kes termasuk 152 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,870,758 kes.

“Daripada jumlah kes harian hari ini, 36 kes (0.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,738 kes (99.2 peratus) lagi kategori satu dan dua.

“Terdapat 14 kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,113 kluster serta 314 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 114 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI