fbpx

Separuh daripada 6.8 juta rakyat Lebanon berdepan risiko krisis makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABBAS memaklumkan bahawa separuh daripada 6.8 juta penduduk Lebanon berisiko berdepan krisis kekurangan makanan. - easternherald.com

BEIRUT – Kira-kira separuh daripada sekitar 6.8 juta penduduk Lebanon berdepan risiko kekurangan makanan di tengah-tengah krisis ekonomi semasa, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pertanian Lebanon, Abbas Hajj Hassan kelmarin.

Kenyataan beliau dibuat semasa Forum Global untuk Makanan dan Pertanian Ke-14 yang diadakan secara maya berikutan pandemik Covid-19.

Lebanon berdepan krisis makanan sejak kekurangan dolar Amerika Syarikat (AS) dan kejatuhan nilai mata wang tempatan kerana negara itu mengimport kira-kira 85 peratus makanannya, jelas menteri tersebut.

Menurut beliau, pandemik Covid-19 telah memberi kesan terhadap keupayaan Lebanon mendapatkan bekalan asas yang penting.

Sektor pertanian perlu segera meningkatkan daya tahan dan kemampanan untuk menyediakan keperluan makanan kepada seluruh penduduk negara itu, kata Abbas.

“Lebanon sangat bergantung kepada import makanan dan telah berhadapan dengan krisis kekurangan air, kemarau, tanah gersang dan kesan perubahan iklim ke atas pertanian, makanan dan sumber semula jadi serta ketidakstabilan keselamatan, peperangan dan perpindahan,’’ tambah beliau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI