fbpx

Pemandu Nissan Navara direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki yang ditahan reman dalam kejadian kemalangan maut di simpang lampu isyarat susur lebuh raya CSR berhampiran Kampung Lebu di Bentong, Pahang.

BENTONG – Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang melanggar lampu merah dan merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian kemalangan maut melibatkan empat beranak kelmarin ditahan reman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek yang berusia 44 tahun ditahan reman seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Raub, Yusri Wanu Suki semalam sehingga 4 Februari depan dan suspek akan dituduh secepat mungkin,” katanya di sini hari ini.

Berita berkaitan: Suami dengar isteri jerit Allahuakbar

Kelmarin empat sekeluarga yang terdiri daripada ibu dan tiga anak maut selepas MPV jenis Toyota Velfire dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda di sebuah simpang lampu isyarat susur Lebuh Raya Centra Spine Road (CSR) berhampiran Kampung Lebu di sini.

Kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki yang ditahan reman dalam kejadian kemalangan maut di simpang lampu isyarat susur lebuh raya CSR berhampiran Kampung Lebu di Bentong, Pahang.

Mangsa yang maut ialah Raihan Mohamad,43, dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd. Nazri,14; Ahmad Muaz,7, dan Ahda Imtinan,4, manakala pemandu MPV mengalami kecederaan ringan.

Susulan itu polis menemukan dadah dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipandu lelaki berkenaan yang turut positif dadah jenis methmaphetamine.

Berita berkaitan: Mahu pakai telekung pergi kenduri petanda ajal

Zaiham dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan polis dalam kenderaan dinaiki suspek menemukan satu tiub straw lutsinar berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu.

“Berdasarkan siasatan juga suspek mempunyai tujuh rekod lampau dan suspek akan direman untuk siasatan lanjut,”katanya.

Menurut beliau, suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berita berkaitan: Dadah dalam pacuan empat roda

Katanya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan tidak kurang daripada dua tahun.

“Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang 10 tahun dan didenda tidak kurang RM50,000,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI