fbpx

Ziana, Ernie, ibu saudara, anak buah sama lucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Ziana berbual-bual dengan seekor tapir di sebuah zoo mengingatkan netizen terhadap Ernie yang dikatakan mempunyai sikap serupa.

SEJAK akhir-akhir ini, nama dua penyanyi hebat, Ziana Zain dan Ernie Zakri menjadi bualan netizen dalam media sosial, khususnya TikTok.

Nama mereka tular apabila netizen berpendapat Ziana dan Ernie mempunyai persamaan yang ketara iaitu kelakar.

Selain memiliki kualiti vokal yang mantap, Ziana dan Ernie turut berkongsi sifat lucu kerana kerap membuat suara manja serta pelat ketika berbual dengan individu di sekelilingnya.

Persamaan tersebut dikenal pasti apabila tular sebuah video Ziana melawat zoo dan mula berbual dengan seekor tapir dengan nada yang lucu.

Disebabkan perkara tersebut, netizen membuat kesimpulan sifat lucu Ernie diwarisi daripada ibu saudaranya sendiri.

“Lihat Ziana nampak Ernie, lihat Ernie nampak Ziana,” komen netizen.

“Memang Ernie copy paste ibu saudara dia,” kata seorang pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI