fbpx

Sedia agih ikan sejuk beku tampung bekalan Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin (tiga kiri) menyampaikan sumbangan Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Matang, di sini, hari ini. FOTO / MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

BUKIT GANTANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersedia mengagihkan bekalan ikan sejuk beku di kawasan yang kekurangan stok semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, LKIM telah memastikan semua bekalan ikan sejuk beku di setiap persatuan nelayan kawasan (PNK) mencukupi buat masa ini.

Menurut Syed Abu Hussin, adalah lazim bagi setiap PNK mempunyai serta menyimpan bekalan ikan sejuk beku untuk menampung permintaan kawasan masing-masing sekiranya bekalan ikan segar tidak mencukupi.

“Setiap PNK ada bekalan ikan dan kita akan tengok keperluan di kawasan mana. Sekiranya ada permintaan kita akan agih bekalan.

“Malah pagi tadi saya bagi ikan percuma di kawasan Kemunting. Jadi ikan cukup untuk musim perayaan ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis penyampaian Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Matang, Taiping di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI