fbpx

Salah impi julang trofi bersama Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH mahu melengkapkan kejayaan kariernya dengan menjulang trofi bersama Mesir selepas cemerlang membantu Liverpool sebelum ini. – AFP

YAOUNDE, CAMEROON – Bintang Mesir, Mohamed Salah mula memasang impian untuk menjulang kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika buat kali pertama ketika mereka dijadual berdepan Maghribi pada aksi suku akhir tengah malam esok.

Di peringkat kelab bersama Liverpool, Salah nyata miliki rekod cemerlang dengan memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara dan kini adalah masa yang sesuai buatnya untuk terus menambah koleksi kejayaan dalam kariernya.

Hasrat yang diidamkan Salah dan Mesir itu tidak terlalu jauh apabila mereka hanya perlu mengharungi tiga sahaja lagi pe­ringkat perlawanan bagi me­nebus kegagalan pada 2017 apabila muncul naib juara selepas tewas kepada Cameroon.

Salah menyifatkan kejayaan bersama pasukan kebangsaan pasti beri kelainan buat buat dirinya berbanding perasaan ketika membantu Liverpool raih kejayaan.

“Sudah tentu saya mahu memenangi sesuatu bersama pasukan kebangsaan. Mesir adalah negara saya dan cukup menya­yanginya.

“Trofi ini pasti berbeza dan ia menjadi kejayaan yang paling dekat di hati saya. Sebelum ini kami sudah hampir untuk memenanginya, namun mungkin kami tidak bernasib baik.

“Kini adalah episod baharu dan kami sedang berusaha merea­lisasikannya. Kami beri segala-galanya dan saya yakin pemain lain juga rasakan perkara sama,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI