fbpx
PULISIC mengakui prestasinya sedikit menurun kerana kerap diletakkan di posisi bukan kegemarannya. – AFP

Pulisic pula kecam pengurusan Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OHIO – Selepas Romelu Lukaku, seorang lagi pemain Chel­sea, Christian Pulisic menyuarakan rasa tidak gembira dengan situasi semasa dirinya di bawah kendalian pengurus, Thomas Tuchel.

Pemain antarabangsa Ame­rika Syarikat (AS) itu mendedahkan, dia gagal untuk menampilkan aksi sebenar dan sering bergelut di bawah bim­bingan jurulatih Jerman berkenaan kerana kerap kali diletakkan di posisi berlainan.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan Pulisic tidak dapat untuk menyesuaikan diri dengan formasi 3-4-2-1 atau 4-3-3 yang diterapkan dengan me­nyaksikan dia hanya menja­ringkan tiga gol musim ini.

“Saya berdepan situasi yang sangat sukar bersama Chelsea musim ini kerana tidak dapat bermain di posisi asal. Kadang-kadang saya fikir ia baik kerana boleh menjadikan saya seorang pemain versatil.

“Bagaimanapun, saya masih berharap untuk bermain lebih banyak di posisi kegemaran selepas ini kerana di situlah saya mampu menampilkan kemampuan sebenar,” kata bekas pemain Borussia Dortmund itu.

Pada masa sama, dia juga mengakui tidak selesa apabila prestasinya bersama pasukan negara dan kelab sering dijadikan sebagai perbandingan memandangkan aksinya lebih baik apabila menyarung jersi Amerika Syarikat.

“Apabila saya datang ke pa­sukan negara, orang bertanya mengenai situasi saya di Chelsea.

“Sukar untuk saya menjawab dan ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada mental tetapi saya sentiasa gembira untuk bermain dengan pasukan negara,” ujarnya. – AGENSI

POPULAR