fbpx

Pengantin naik helikopter ke majlis persandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan pasangan pengantin menaiki helikopter.

PETALING JAYA – Setiap pasangan pasti mahu mencipta kelainan dalam majlis perkahwinan mereka supaya dapat diingati hingga ke akhir hayat.

Daripada tarikh pernikahan, tema perkahwinan serta kenderaan pengantin yang semuanya dirancang supaya dapat menciptakan keunikan tersendiri.

Menerusi perkongsian video oleh Matt Yie di media sosial, memaparkan pasangan pengantin tersebut telah datang ke majlis persandingan mereka yang diadakan di sebuah dewan dengan menaiki helikopter.

Menurut lelaki tersebut yang juga merupakan jurugambar yang bertugas ketika majlis, memaklumkan helikopter itu disewa khas oleh pihak pengantin lelaki bagi membawa pasangannya ke lokasi majlis dan ia bukanlah satu beban kerana masing-masing mempunyai kemampuan untuk meraikan hari bahagia mereka mengikut cara tersendiri.

Sementara itu, orang ramai turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Duit banyak boleh la buat apa sahaja, naik jet pun boleh,” kata @emas916new.

“Seronok jurugambar boleh terbang sekali percuma, selamat pengantin baru buat pasangan tersebut, memang ‘rare’ la kenderaan pengantin ini,” ujar @matstyle99.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menyuarakan pendapat peribadi dengan mengatakan hal tersebut agak berlebihan dan membazir.

“Membazir ja mahal-mahal bayar, nanti merungut hutang banyak, duit bantuan tak dapat, masa habiskan duit tak fikir pula,” kata seorang pengguna lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI