fbpx

Lebuh Raya Karak sesak 20 km angkara treler terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut

BENTONG – Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak mengalami kesesakan luar biasa hari ini selepas sembilan buah kenderaan terlibat dalam kejadian kemalangan yang bermula di Kilometer 40 Lebuh Raya KLK di sini.

Kejadian kemalangan kira-kira pukul 9.30 pagi itu melibatkan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mitsubishi dan Toyota Estima, lima jenis kereta Perodua Axia, BMW, Toyota Vios, Proton Saga dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori treler jenis Volvo.

Difahamkan punca kemalangan itu berikutan lori treler berkenaan hilang kawalan lalu terbabas sehingga merempuh lapan buah kereta lain dan berlaku perlanggaran di laluan itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, hasil siasatan mendapati lori treler yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun datang dari arah Kuala Lumpur telah hilang kawalan.

“Pemandu treler mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan dan dahi, manakala pemandu kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak melebihi RM10,000 dan boleh dipenjarakan dalam tempoh tidak lebih 12 bulan.

“Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya dapat tampil membantu polis untuk membuat siasatan.

“Saya menasihati orang orang ramai yang menggunakan Lebuh Raya Karak – Kuala Lumpur supaya lebih berhati-hati ketika memandu serta memastikan kenderaan diselenggarakan dengan baik sebelum memulakan perjalanan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI