fbpx

[VIDEO] Laluan Karak sesak 20KM, kemalangan 7 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dilaporkan sesak disebabkan kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan termasuk sebuah lori kontena.

Menurut maklumat yang dikongsikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 40 arah Timur dekat Genting Sempah itu yang menyebabkan lorong tengah dan kanan terhalang.

Susulan kemalangan di KM40 arah timur. Semua laluan kini telah dibuka. Sila pandu dengan berhati-hati dan patuhi arahan lalu lintas serta kadar kelajuan yang ditetapkan.

“Terdapat kemalangan lori kontena dan kereta di laluan Genting Sempah-Bukit Tinggi (KM40 arah Kuantan). Lorong kanan dan tengah terhalang.

“Trafik sesak sepanjang 20.5KM Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Bukit Tinggi disebabkan kemalangan yang menyebabkan aliran trafik perlahan.

“Susulan itu, pengguna jalan raya diminta untuk berhati-hati memandu,” katanya tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI