fbpx

AS, Jerman ugut Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN stesen penerima tolok pemeriksaan saluran paip gas, Nord Stream 2 di Lubmin, Jerman pada 21 September 2021. – AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dan Jerman memberi amaran kepada Rusia kelmarin bahawa satu saluran gas utama akan menjadi taruhan sekiranya Moscow berani menakluki Ukraine.

Sehari selepas AS dan sekutu-sekutunya memberikan maklum balas rasmi terhadap tuntutan Rusia, barisan pegawai kanan  Moscow berkata, kebimbangan ketua mereka, Presiden Vladimir Putin tidak dipertimbangkan tetapi beliau masih bersetuju untuk mengadakan rundingan baharu.

AS sebelum ini memberi amaran kepada Rusia bahawa padah menanti sekiranya Moscow menakluki Ukraine selepas Kremlin mengerahkan ratusan ribu askar di sempadan kedua-dua negara.

Sementara itu, Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock memberitahu Parlimen bahawa kerajaannya sedang mengusahakan pakej sekatan yang keras bersama sekutu Barat lain termasuk saluran paip gas Nord Stream 2.

Saluran paip yang dibina oleh Jerman di sebalik kritikan AS dan negara-negara Eropah Timur itu akan meningkatkan bekalan gas Rusia ke Jerman sebanyak dua kali ganda.

Di Washington, seorang pegawai kanan menyuarakan keyakinan bahawa Jerman akan menggantung projek bernilai berbilion-bilion dolar itu sekiranya Rusia menyerang Ukraine. Projek saluran gas itu siap pada September 2021 tetapi masih perlu diuji dan kelulusan dari segi undang-undang.

“Sekiranya Rusia menakluki Ukraine, apa sekali pun, perojek Nord Stream 2 akan tergendala.

“Saya fikir kenyataan yang dikeluarkan oleh Berlin hari ini (kelmarin) adalah amat keras,” kata Setiausaha Rendah Hal Ehwal Negara dan Politik, Victoria Nuland kepada pemberita.

White House mengumumkan bahawa Canselor Jerman yang baharu, Olaf Scholz akan melawat AS pada 7 Februari ini dan membincangkan krisis Ukraine dengan Presiden Joe Biden. 

Biden turut menelefon Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky kelmarin dan berkata, AS sedang mempertimbangkan bantuan ekonomi selepas menyalurkan bantuan ketenteraan berjumlah AS$650 juta (RM2.7 bilion) sejak setahun lalu.

Biden turut memberi amaran bahawa Ukraine mungkin akan berdepan serangan Rusia pada Februari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI