fbpx

Kementerian Undang-undang perlu diwujudkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Wan Junaidi ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Bangunan Hal Ehwal Undang-undang Putrajaya di sini, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Undang-Undang perlu diwujudkan semula selepas hampir 30 tahun ia dibubarkan bagi menyelia pelbagai isu perundangan semasa yang semakin kompleks.

Saranan itu dibayangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai masa depan portfolio dipegangnya itu.

“Saya lihat negara kita sepatutnya kembali kepada era 1960-an, 1970-an dahulu, apabila kerajaan pada waktu itu ada sebuah Kementerian Undang-Undang yang tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2022 peringkat jabatan tersebut, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, keperluan diwujudkan satu kementerian khusus amat penting kerana semua agensi yang terlibat merupakan organ utama pihak kerajaan selama ini.

“Malah usaha transformasi kerajaan pun tidak boleh lari dalam melibatkan pelbagai pindaan dan rang undang-undang baharu yang perlu ada kementerian khas sebagai penyelaras,” katanya.

Beliau memberi contoh inisiatif pembaharuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dirancang diletakkan terus dibawah kawal selia Parlimen. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI