fbpx

Utara Semenanjung diramal alami jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kebakaran hutan yang berlaku di Cambodia akan menyebabkan keadaan berjerebu di utara Semenanjung Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata, jangkaan itu berdasarkan trajektori asap Output Model HYSPLIT.

“Output Model HYSPLIT menunjukkan ramalan trajektori jerebu bagi tempoh 72 jam bermula jam 0000 (12 tengah malam) UTC 26 Januari 2022 sehingga jam 0000 (12 tengah malam) UTC 29 Januari 2022.

“Berdasarkan Trajektori asap jerebu didapati kebakaran hutan yang berlaku di Cambodia akan menyebabkan keadaan berjerebu di utara Semenanjung.

“Berdasarkan permodelan terkini, keadaan berjerebu ini dijangka akan kekal sehingga 29 Januari 2022,” kata MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, Output Model HYSPLIT yang dijana hanya mengambil kira lokasi-lokasi titik panas yang dijangka akan memberi kesan kepada kualiti udara di Malaysia.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan, terdapat enam titik panas di Semenanjung Malaysia kategori “High Confidence Level” berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 pada 26 Januari 2022 yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI